MLTA VS MRTA



Perbandingan antara MRTA dan MLTA.

apa itu MRTA dan MRTA?

MRTA - Mortgage Reduce Term Assurance
MLTA - Mortgage Level Term Asurance

Ini bermaksud premium MRTA semakin menurun mengikut baki pinjaman yang ada sementara premium MLTA adalah sama(Level) sepanjang tempoh simpanan tetapi ada beberapa ciri yang membuatkan MLTA lebih baik dari MRTA.

MRTA

untuk pengetahuan MRTA itu adalah suatu jeniS perlindungan yang diambil khusus untuk melindungi pinjaman perumahan.tujuan utama MRTA diambil adalah untuk melindungi baki pinjaman perumahan jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal/Total Permanent Disable(TPD),jadi MRTA akan menjelaskan baki pinjaman yang ada.

Ciri-ciri MRTA

1. Bayaran lump sum (sekali gus).

2. Biasanya akan dimasukkan didalam loan sekiranya jumlah premium terlalu mahal (bg membolehkan bayaran secara bulanan).
3. Sekiranya premium dimasukkan bersama pinjaman, premium tersebut juga dikenakan faedah oleh pihak bank. Jadi, jumlah premium yang perlu dibayar akan lebih tinggi dari sepatutnya.
4. Tempoh perlindungan sama seperti tempoh pinjaman.
5. Jumlah perlindungan akan berkurangan mengikut pinjaman.
6. Lebih murah berbanding dengan life insurance atau takafulink sekiranya dikira dari sudut jumlah caruman.
7. Tiada nilai tunai

Kelemahan MRTA

1. Jika pembeli ingin Re-Finance rumah atau membeli rumah baru bermakna pembeli terpaksa mengambil MRTA yang baru.
2. Jika sewaktu ingin Re-Finance atau membeli rumah baru syarikat Insurance mendapati pembeli tidak layak untuk mendapatkan MRTA maka pinjaman udah pasti tidak diluluskan.

MLTA

1. Bayaran secara berkala (regular), jadi tidak perlu masukkan bersama pinjaman, dan ini boleh mengelakkan kita daripada dikenakan faedah oleh bank.

2. Jumlah perlindungan sekata sepanjang tempoh caruman atau sehingga umur kita 80 tahun yang mana lebih dahulu.
4. Jumlah premium yang tetap. Walaupun umur meningkat, premium tetap sama. Ini akan menjimatkan kita dalam jangka masa panjang.
5. Tidak perlu menamatkan polisi sekiranya hartanah yang pinjamannya dilindungi oleh MLTA ingin dijual atau dipindah milik. Dan sekiranya kita ingin membeli hartanah baru, boleh gunakan polisi yang sedia ada untuk menjadi sebagai cagaran bayaran pinjaman sekiranya kita meninggal dunia atau lumpuh kekal keseluruhan.
6. Ada nilai tunai dan perkongsian untung hasil dari keuntungan wang caruman yang dilaburkan oleh syarikat
7. Premium menjadi percuma jika peminjam disahkan mengidap salah 1 dari 36 jenis penyakit kritikal


bagi membantu pambaca diluar sana agar lebih memahami sila lihat rajah dibawah ini.

1. Gambarajah menunjukan peminjam mengambil MRTA dan meninggal dunia sebelum pinjaman dilunaskan






gambar rajah diatas menunjukan premium MRTA akan menurun mengikut nilai pinjaman,dan apabila peminjam meninggal dunia syarikat Insurance akan menyelesaikan baki pinjaman yang ada dan waris hanya mendapat rumah.

NOTA: syarikat Insuran tidak akan membuat pembayaran kepada bank baki pinjaman yang ada selagi rumah tersebut tidak ditukar nama(fara'id),proses fara'id mengambil masa antara 6-12 bulan,dan selagi poses ini tidak selesai,selagi itu waris perlu membayar pinjaman setiap bulan

2. gambarajah dibawah ini pula menunjukan pinjaman telah habis dibayar




cuba lihat apabila pinjaman telah dilunaskan kesemuanya,pembeli hanya memiliki rumah tersebut dan tidak mendapat apa-apa simpanan atau faedah.

3. MLTA

Premium MLTA sekata tidak seperti MRTA yang akan berkurangan mengikut nilai pinjaman,namun apa bila peminjam meninggal dunia.syarikat takaful akan menyelsaikan baki pinjaman yang ada.Waris akan mendapat baki dari bayaran pampasan yang dibayar sebagai contoh.

PINJAMAN - RM500,000
NILAI PERLINDUNGAN - RM500,000
HIBAH - WARIS 100%
selepa 20 tahun peminjam meninggal dunia atau hilang upaya kekal(Total Permanent Disable),maka waris akan mendapat

NILAI PERLINDUNGAN - RM500,000
BAKI PINJAMAN - RM200,000(dibayar kepada bank)
BAKI NILAI PAMPASAN - RM300,000 + NILAI SIMPANAN PADA MASA ITU.

4. Rajah dibawah menunjukan jika bayaran pinjaman dilunaskan


kita lihat bagaimana jika pembeli melangsaikan/melunaskan pinjaman,pembeli bukan sahaja memiliki rumah yang dibeli malah akan mendapat kembali premium MLTA yang dibayar selama ini.

5. Nilai simpanan


kita lihat rajah diatas dimana pada suatu masa baki pinjaman akan bersamaan dengan simpanan yang terkumpul,mka pada masa ini peminjam boleh membuat pengeluaran atau penyerahan(surrender) polisi MLTA dan selesaikan semua baki pinjaman yang ada maka tempoh pinjaman akan menjadi lebih pendek.

pada sesiapa yang ingin mengetahu lebih lanjut tentang MLTA ini boleh hubungi saya HAIDHIR 012-6085737

DIBAWAH INI SAYA SEDIAKAN LOAN CALCULATOR UNTUK ANDA KIRA PINJAMAN ANDA




Powered by Mortgage Loan








3 ulasan:

  1. slm....So mana lg bgs... bgs dari perundangan islam?

    BalasPadam
  2. Hmm, After so many years of looking for home loan, only now I know that MRTA/MLTA premium paid burns everytime I refinance or sell house. If I knew about the disadvantages of MRTA/MLTA earlier I would have bought RM1mil worth of life insurance since 2009 to cover any of my property loan until end of my life.

    BalasPadam