FAQ

Soalan lazim yang biasa ditanya ditanya mengenai perkhidmatan dan pelan yang ditawarkan MAA Takaful.

1. Apa itu takafulink?

Takafulink adalah pelan takaful yang berlandaskan pelaburan.Takafulink terbahagi kepada 3 Faktor utama

  • Perlindungan
  • Pelaburan
  • Simpanan
Fungsi uatama Takafulink adalah menyediakan satu Jumlah Pampasan/Dana bagi kegunaan peserta untuk perbelanjaan harian jika peserta hilang punca pendapatan akibat hilang upaya kekal atau diwariskan kepada kepada keluara(isteri/anak) bagi meringankan beban kewangan atau menyelsaikan hutang-piutang peserta jika peserta meninggal dunia.
Pelaburan pula bermaksud sebahagian dari sumbangan peserta akan dimasukan kedalam Akuan Pelaburan Peserta yang mana akan ditola caj-caj yang berkaitan terlebih dahulu sebelum membeli unit yang mana keuntungan dari unit yang dibeli akan dijadikan SIMPANAN peserta sementara sebahagian lagi akan dimasukan kedalam Akaun Risiko Peserta.

2.  Apa bezanya pelan kad perubatan 3 in 1 dengan 'stand alone'?

Kad Perubatan 3 in 1 adalah Kad Perubatan yang dijadikan sebagai rider/manfaat tambahan dalam 1 polisi,makin banyak manfaat tambahan yang diambil makin banyak caj yang dikenakan dan ini akan menjejaskan Manfaat Asas(kematian/hilang upaya kekal) kerana tujuan utama Takafulink/investment-link adalah untuk menyediakan sejumlah pampasan/tabungan untuk kegunaan peserta andai kata berlaku hilang upaya kekal atau untuk kegunaan waris apabila peserta meninggal dunia supaya waris tidak dibebani dengan masalah kewangan/hutang piutang yang ditinggalkan.
manakala kad perubatan 'stand alone' boleh diambil berasingan dan dengan harga yang lebih berpatutan.

3. Apa itu Ko-Takaful 10%?Apa bezanya kad yang ada ko-takaful dan tiada ko-takaful?

Ko-Takaful adalah perkongsian bayaran kos rawatan antara pengendali/syarikat takaful bersama peserta dimana peserta akan membayar 10% dari kos rawatan dan selebihnya akan ditanggung oleh pengendali/syatikat takaful,berbeza dengan Kad Perubatan yang tiada ko-takaful,100% kos rawatan akan ditanggung oleh pengendali/syarikat takaful.

4. Kenapa Kad Perubatan  yang diserta bersama pelan Takafulink ada simpanan?

semua Kad Perubatan dipasaran memang tiada simpanan,yang ada hanyalah pelan Takafulink,oleh itu jangan ada yang terkeliru.

5. Mengapa Kad Perubatan MAA Takaful ada kenaikan setiap 5-10 tahun ada beberapa syarikat lain tiada kenaikan?

Semua Kad Perubatan ada kenaikan(rujuk pada risalah syarikat tersebut lihat pada jadual pembayaran),tiada syarikat Insuran/Takaful yang membuat keuntunga dengan Kad Perubatan,dengan inflasi kos rawatan yang memang akan meningkat setiap 5-10 tahun,maka caj bagi Kad Perubatan juga akan meningkat dan secara tidak langsung jumlah sumbangan akan ada kenaikan,dari segi teknikal syarikat boleh tidak menaikan sumbangan bulanan kerana setiap kali kenaikan syarikat boleh ambil dari Akaun Pelaburan Peserta(PIA) untuk menampung kenaikan sumbangan apabila tiba masanya.

6. Mengapa polisi 3 dalam 1 jika kena ci(penyakit kritikal) polisi akan jadi percuma termasuk manfaat tambahan(rider) dan kad perubatan sedangkan polisi syarikat tuan wakili jika kena ci masih kena bayar kad perubatan ?

Polisi waive dan menjadi percuma bermaksud peserta tidak perlu mengeluarkan duit poket untuk membayar caruman/sumbangan kerana caruman/sumbangan akan dibayar melalui Akaun Pelaburan Peserta(PIA),jadi tiada bezanya dengan produk/pelan stand alone peserta boleh keluarkan duit dari Akaun Pelaburan Peserta(PIA) untuk membayar caruman/sumbangan untuk kad perubatan.Jadi tidak timbul isu caruman akan menjadi PERCUMA,kerana caruman masih lagi dibayar oleh peserta melalui Akaun Pelaburab Peserta(PIA) atau dalam erti kata lain melalui Akaun Simpanan Peserta,sebab itu pentingnya produk/pelan stand alone dan juga kad perunatan yang tiada ko-takaful kerana kad perubatan menanggung 100% kos rawatan dan peserta boleh mendapatkan manfaat asas(sum covered) yang tinggi dan tidak memerlukan terlalu banyak manfaat tambahan(rider) dan secara tidak langsung akan meningkatkan simpanan.

Jika ada sebarang pertanyaan lain pembaca boleh kemukan kepada saya dengan menghantar email ke khaidir.maa@gmail,insyallah segala pertannyaan akan saya berikan sebaik mungkin agar pembaca faham dan mendapat maklumat yang tepat berkaitan pelan MAA Takaful.