malang tidak berbau..jadikan iktibar dan pengajaran

update 18 sept 2009


meraung kaki hancur

JOHOR BAHRU: Seorang penunggang motosikal yang cuba bangun selepas terjatuh dari motosikalnya sejurus bergesel dengan sebuah lori, meraung sekuat hati apabila menyedari kedua-dua kakinya hancur digilis tayar kenderaan berat itu.Dalam kejadian kira-kira jam 4.10 petang semalam di Kilometer 9, Jalan Skudai menghala pusat bandar berdekatan pejabat The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) di Bandar Baru Uda di sini, mangsa dikenali sebagai Arief Ftri berusia awal 30-an, meraung menahan kesakitan akibat parah pada kedua-dua kakinya selain sedih kerana kudung.Sebelum itu, mangsa bergesel dengan sebuah kenderaan berat dipercayai lori dari arah sama menyebabkan dia terjatuh sebelum kedua-dua kakinya digilis tayar belakang kenderaan berkenaan.Dalam keadaan menyeksakan itu, Arief cuba ditenang beberapa pengguna jalan raya sementara menunggu ketibaan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang menghantarnya ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk rawatan.


sumber dari harian metro 15 sept 2009




Suami hancur kaki keliru

JOHOR BAHRU: “Saya di mana? Mana kaki saya? Apa dah jadi? Saya hilang kaki ke?“ bertubi-tubi soalan sama dilontarkan Arief Fitri Ahmad Zainuddin, 26, sebaik sedar dan melihat wajah isteri yang setia menemaninya ketika terlantar di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Selatan, Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, semalam.

Kerana kasih menggunung, Nur Syaliza Kamis, 26, tetap melayan mesra setiap pertanyaan suami tercinta sambil menerangkan apa yang berlaku dan kenapa Arief berada di katil hospital tanpa kakinya.

Semalam, Harian Metro melaporkan, Arief yang menunggang motosikal berseorangan ke rumah sepupunya untuk mengambil kasut kerja, terjatuh akibat bergesel dengan sebuah lori kira-kira jam 4.10 petang, kelmarin.

Nasib tidak menyebelahinya apabila kedua-dua kakinya hancur digilis tayar kenderaan berat itu di Kilometer 9, Jalan Skudai menghala pusat bandar berdekatan pejabat The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) di Bandar Baru Uda.
Ketika orang ramai sibuk mengusung anak, isteri serta keluarga ke pusat beli belah untuk membeli keperluan Aidilfitri, Nur Syaliza hanya mampu menggenggam tangan sambil tidak lepas-lepas menatap wajah suaminya.
Biarpun sedih dengan kemalangan yang menimpa suaminya, namun guru Matematik di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pontian itu tetap tabah dan bertekad untuk menerima segala dugaan dengan sabar.

. “Alhamdulillah...tidak mengapalah kedua-dua kakinya terpaksa dipotong, asalkan dia selamat dan saya masih tidak kehilangannya. Zaman sekarang banyak teknologi yang boleh diguna pakai...jadi itu semua bukan masalah besar,” katanya.

Selain bertanya mengenai kejadian malang itu, Nur Syaliza berkata, suaminya juga sering bertanya apa bakal berlaku dalam hidupnya nanti.

“Setiap kali terjaga, dia pasti akan bertanya soalan yang sama - macam mana nak pandu kereta, bagaimana hendak berjalan dan berlari, adakah dia boleh menunggang motosikal lagi,” katanya.

Arief yang sempat berbual dengan jurugambar NSTP, Zulkarnain Ahmad Tajuddin, beberapa kali termenung selepas melihat gambarnya terpampang di muka depan akhbar Harian Metro kelmarin.

Dia yang duduk bersandar di katil juga kelihatan bingung tetapi tenang mengajukan beberapa soalan mengenai siapa yang bersalah dalam kemalangan berkenaan.

antara petikan berita , sumber harian metro 16 sep 2009


malang tidak berbau tuan2,kita tidak bleh menjangkakan nasib kita sebentar lagi mahupun ke esok kan hari.bayangkan betapa pilu hati seorang isteri melihat keadaan suami dalam keadaan sedemikian.dan bayangkan jika si suami tidak memiliki plan perlindungan diri.kedua belah kaki hancur jadi si suami telang hilang upaya kekal menyeluruh.hilang pekerjaan.banyak tuan2 masalah yang akan tuan2 hadapi jika tuan2 yang berada didalam situasi diatas.

dengan rm100 sebulan/rm3.33 sehari tuan2 telah sediakan sebanyak rm80 ribu untuk diri tuan2 mahupun waris tuan2 jika berlaku musibah/kematian.murah tu tuan2.jika dikira kos sarapan..makan tenghari dan minum ptg tuan2 sehari pun menjangkau rm10 belum ditambah dengan kos rokok tuan2(bagi yg merokok).dengan rm3.33 sehari tuan2 bukan saja disediakan dengan perlindungan diri malah berserta simpanan persaraan sekali.mana nak dapat tuan2.

cukupkah simpanan tuan2 jika tragedi diatas menimpa diri tuan2.kos nak buat kaki palsu pun beribu belanjanya tuan2.fikir2kan lah tuan2.sanggupkah kita sentiasa mengharapkan simpati dan bantuan dari adik beradik..sedara-mara dan masyarakat tuan2.sampai bila kita ingin mengharapkan bantuan dan simpati dari mereka.jika tiada siapa yang ingin menolong kita tuan2..dari mana kita nak dapatkan duit bagi menampung kos perubatan kita tuan2.

hubungi kami segera untuk penerangan percuma.jangan biarkan diri tuan2 dibelenggu masalah kewangan ketika tuan2 amat2 memerlukannya bagi menampung kos perubatan yang semakin tahun semakin tinggi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan