MAA takaful menang anugerah

KUALA LUMPUR 5 Nov. – MAA Takaful Bhd. memenangi Anugerah ‘Produk Takaful Paling Cemerlang’ bagi produknya, Takafulink, pada Upacara Anugerah Kewangan Islam Kuala Lumpur Keenam 2009 di sini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Salim Majid Zain, dalam kenyataannya di sini hari ini berkata, kejayaan memenangi anugerah itu merupakan pencapaian besar bagi MAA Takaful.

“MAA Takaful telah dan akan sentiasa berada di barisan hadapan inovasi berasaskan Syariah untuk mencapai misi bagi memperkaya kehidupan pelanggan kami.” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan