TAKAFULINK adalah produk utama MAA TAKAFUL, yang mana produk ini berasaskan pelaburan yang menawarkan manfaat asas kematian dan hilang upaya kekal dan disamping manfaat-manfaat tambahan yang lain.Melalui produk Takafulink juga MAA TAKAFUL telah memenangi anugerah produk takaful paling cemerlang 2 tahun berturut-turut iaiitu pada tahun 2009 dan 2010.Kemenangan yang diberikan adalah berdasar keunikan produk dan juga nilai pulangan keuntungan dari dana-dana syariah yang ditawarkan.
AKAUN PESERTA
Setiap peserta yang memiliki pelan Takafulink akan mempunyai 2 jenis akaun.
- Akaun Pelaburan Peserta(PIA) - akaun ini dikenali sebagai akaun simpanan peserta dimana sumbangan bulanan/suku tahunan/setengah tahunan/tahuan yang dibayar oleh peserta akan dimasukan kedalam akaun ini selepas ditolak yuran wakalah.Yuran wakalah dikenakan oleh pengendali takaful sebagai bayaran fee atau upah kepada ajen peserta d alam menguruskan perniagaan takaful.PIA adalah akaun pelaburan individu yang bertujuan untuk menjana keuntungan.
- Akaun Pelaburan Risiko Peserta(PRIA) - PRIA adalah dana risiko terkumpul dimana para peserta membuat caruman berdasarkan 'tabarru'(sumbangan).Segala manfaat asas(kematian/hilang upaya kekal) dan laim-lain manfaat tambahan yang dimiliki adalah dibayar dari dana akaun PRIA.Caj risiko bulanan atau tabarru ini dikenakan melaui PIA kepada PRIA.
PERUNTUKAN CARUMAN TAKAFULINK
Walaupun pada tahun ke-7 dan seterusnya peruntukan caruman adalah 100% untuk PIA namun ianya masih lagi perlu ditolak untuk bayaran bagi setiap manfaat yang diambil.
Simpanan dari PIA boleh dikeluarkan pada bila-bila masa dengan syarat pengeluaran minimum RM500 dan baki diPIA ridak kurang dari RM1000
DANA-DANA TAKAFULINK
Anda mempunyai pilihan untuk memilih mana-mana dana yang diluluskan syariah yang sesuai dengan tolenrasi pelaburan dan risiko anda.
Dana MAA Takaful Syariah Growth
- Menyediakan campuran seimbang antara pulangan pendapatan modal serta pengumpulan jangkamasa panjang bagi tempoh sederhana hingga panjang.
- Bagi peserta yang mempunyai toleransi risiko yang sederhana hingga tinggi.
Dana MAA Takaful Shariah Blance
- Menyediakan pendapatan stabil menerusi perlaburan dalam portfolio bon dan tunai setara diluluskan Syariah yang pelbagai.
- Bagi peserta yang mempunyai toleransi risiko rendah hingga sederhana.
Dana MAA Takaful Shariah Flexi(Baru Dilancarkan)
- Dana fleksibel yang diuruskan oleh pengurus dana professional. Pengurus dana akan membuat pelaburan di dalam dana-dana yang berpotensi mendatangkan keuntungan.
- Dana ini diuruskan oleh CIMB-Principal Islamic Asset Management, Pengurus Dana Kewangan Islam Terbaik 2009.
Dana MAA Takaful Shariah Income
- Menyediakan pendapatan stabil menerusi perlaburan dalam portfolio bon dan tunai setara diluluskan Syariah yang pelbagai.
- Bagi peserta yang mempunyai toleransi risiko rendah hingga sederhana.
Ke semua dana-dana di atas diuruskan oleh CIMB-Principal Islamic Asset Management.
RIDER/MANFAAT TAMBAHAN YANG BOLEH DISERTAKAN
- Critical Illness Super
- Critical Illness Plus
- Juvenil Critical Illness
- Improved Accident Indemnity
- Waiver of Contribution on Dread Diseas
- Hospital &Surgical Benefit
- Hospital Benefit
- Smartmedic Riders
Tiada ulasan:
Catat Ulasan