PENGENALAN
Kos pendidikan meningkat saban tahun dan bagi setiap insan yang  bergelar ibu-bapa perlu menyediakan satu dana yang terjamin bagi  memastikan anak-anak dapat melanjutkan pelajaran ke menara gading.  Simpanan di institusi bank atau saham amanah tidak menjaminkan simpanan  yang berterusan jika sesuatu musibah berlaku kepada ibu bapa seperti  kematian atau hilang upaya kekal. Dengan ini, simpanan menerusi pelan  MAA Takafulink Pendidikan menawarkan satu pelan simpanan yang  komprehensif dan terjamin untuk masa depan pendidikan anak-anak.
HADIAH KECEMERLANGAN SPM
Jika anak mendapat keputusan yang cemerlang di dalam SPM, sejumlah  hadiah di dalam bentuk wang tunaikan akan dihadiahkan kepada anak:
SPM 5A          RM500
SPM 8A         RM1000
DANA SYARIAH MAA TAKAFULINK
Setiap simpanan akan dilaburkan di dalam  dana-dana syariah terpilih   MAA Takafulink. Pulangan hasil dari pelaburan akan  dimasukkan ke akaun   penyimpan bagi mengoptimumkan simpanan. Prestasi  dana-dana syariah  MAA  Takafulink adalah amat kompetitif dan mampu  menyaingi prestasi   pelaburan ASB dan dana-dana saham amanah yang lain.
PENGECUALIAN CARUMAN
Jika pencarum sama ada ibu atau bapa mengalami musibah-musibah  seperti telah disahkan  oleh pengamal perubatan  bertauliah menghidap  salah satu dari 36 penyakit  kritikal, hilang upaya kekal atau meninggal  dunia,  simpanan  bulanan pencarum akan diambil alih oleh   MAA Takaful  dan  simpanan akan diteruskan tanpa gagal sehingga anak menjangkau umur  25 tahun.  Ini  bermakna, simpanan pendidikan anak terjamin walaupun  pencarum (ibu/bapa) mengalami musibah penyakit, hilang upaya kekal atau  meninggal dunia.
PAMPASAN UNTUK PENCARUM (IBU/BAPA) JIKA BERLAKU KEMATIAN TERHADAP ANAK
Jika berlaku kematian terhadap anak, sejumlah wang pampasan akan diserahkan kepada pencarum sama ada ibu atau bapa.
TABUNG HILANG UPAYA KEKAL
MAA Takafulink Pendidikan menyediakan tabung kecemasan jika anak  mengalami hilang  upaya kekal. Wang dari dari tabung kecemasan  ini  boleh digunakan pencarum (ibu/bapa) untuk menampung kos sara hidup  seharian  apabila anak  tidak lagi berupaya untuk meneruskan kehidupan  secara  biasa.
TABUNG PERLINDUNGAN 36 PENYAKIT KRITIKAL
Jika anak didapati menghidap salah satu daripada 36 penyakit    kritikal, sejumlah manfaat kewangan akan diserahkan kepada peserta bagi    tujuan perbelanjaan perubatan dan perbelanjaan berkaitan.
ELAUN HARIAN HOSPITAL
Jika anak dimasukkan ke mana-mana hospital kerajaan atau swasta,   penyimpan akan menerima elaun harian bersaman jumlah hari kemasukan   hospital.
ELAUN PEMBEDAHAN
Anak akan menerima elaun pembedahan jika berlaku pembedahan terhadap penyimpan.
KOMITMEN JANGKA PANJANG
Pelan simpanan MAA Takafulink Pendidikan ini adalah komitmen  jangka  panjang. Pulangan  simpanan akan dapat dinikmati secara maksimum  jika  menyimpan secara  konsisten untuk satu tempoh yang panjang
untuk mendapatkan pelan pendidikan ini sila hubungi saya 012-6085737 atau email khaidir.maa@gmail.com
 

 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan