Kanser payudara merupakan sejenis penyakit di mana terdapatnya sel-sel kanser (malignan) dalam tisu-tisu payudara.
Penerangan 
Kanser payudara boleh berlaku di mana-mana bahagian payudara termasuklah: 
• Lobus yang menghasilkan susu 
• Duktus yang menghantar susu ke puting 
• Tisu lemak payudara (jarang berlaku) 
Biasanya,  kanser payudara boleh dibahagikan kepada dua bentuk: invasif dan tidak  invasif. Dalam kanser tidak invasif, sel-sel kanser hanya tertumpu di  kawasan asalnya manakala di dalam kanser invasif, sel-sel kanser  tersebut telah merebak ke tisu-tisu di sekeliling payudara. 
Kanser  payudara yang paling biasa berlaku ialah kanser duktus yang terjadi  dalam sel-sel duktus payudara. Kanser lobular pula bermula dari lobus  atau lobul. Kanser jenis ini selalunya terdapat di beberapa tempat dalam  payudara. Kanser payudara inflamasi pula merupakan kanser payudara yang  jarang-jarang berlaku. 
Asas Saintifik? 
Bagi payu dara yang normal, sel-selnya mengalami pertumbuhan yang terkawal dan teratur. 
Hormon  estrogen bertangungjawab dalam pertumbuhan dan pembentukan sel-sel  payudara. Ketidakimbangan hormon dikatakan memainkan peranan yang  penting dalam patogenesis kanser. Walau bagaimanapun pelbagai pencetus  pertumbuhan kanser dan onkogen terutamanya He-2/nev telah dikenalpasti  sebagai penyebab kanser payudara yang penting. Onkogen merupakan gen  yang mungkin bertanggungjawab dalam pembentukan sel kanser. Fungsi gen  ini boleh berubah dan sel-sel boleh terpesong daripada proses kawalan  pertumbuhan sel yang normal. Pembentukan kanser merupakan proses yang  kompleks yang melibatkan pelbagai faktor lain seperti genetik, kawalatur  hormon dan juga keadaan persekitaran.
Perebakan 
Kanser payu dara merebak melalui cara-cara berikut : 
• Kanser tumbuh dan membesar begitu cepat dan menyerang kawasan setempat. Ia juga akan menyerang kulit dan dinding otot dada. 
• Kanser  payu dara merebak ke bahagian limfa melalui saluran darah dan tersebar  ke seluruh badan terutamanya ke bahagian tulang (tulang belakang, tulang  pinggang, tengkorak dan tulang dada), hati, paru-paru, kelenjar adrenal  dan ovari. 
• Adalah  dianggarkan jika kanser payudara berukuran 1.6 sm., ia mungkin telah  berada dalam payudara selama sekurang-kurangnya 2 tahun. Pada waktu ini,  sel kanser mungkin telah masuk ke dalam saluran darah ataupun sistem  limfatik dan seterusnya merebak ke seluruh badan. 
• Oleh  itu, walaupun ketumbuhan kanser payudara dirasakan tertumpu pada  payudara sahaja, tetapi dianggarkan lebih 35% darinya mungkin telahpun  merebak atau mengalami metastasis. 
Faktor-faktor Risiko? 
Oleh  kerana anda seorang wanita, anda memilki risiko yang lebih tinggi untuk  mendapat kanser payudara. Namun begitu, terdapat beberapa faktor lain  yang boleh meningkatkan risiko kanser payudara ini.
Faktor Risiko yang Tinggi 
1. Umur;  umur merupakan salah satu faktor yang boleh meningkatkan risiko kanser  payudara. Pesakit yang lebih tua memiliki risiko yang lebih tinggi. 1  daripada 500 wanita dalam umur 30'an mempunyai kebarangkalian yang  tinggi mendapat kanser payu dara. Namun begitu, angka ini meningkat  kepada 1 dalam 50 orang apabila umur menjangkau 40 - 45 tahun. 
2.  Sejarah keluarga - terdapat juga beberapa bukti bahawa penyakit ini  boleh diwarisi tetapi peranan genetik di dalam hal ini masih belum  difahami sepenuhnya. Wanita yang mempunyai ibu atau anak perempuan atau  kakak/adik yang menghidap penyakit ini mempunyai risiko yang lebih  tinggi untuk mendapat kanser payudara 
3.  Sejarah mengidap kanser - pernah menghidap kanser payudara sebelum ini.  Ini mungkin merupakan faktor yang penting dalam pembentukan kanser  payudara. 
4. Pernah menghidapi penyakit payudara Benigna Proliferatif 
5. Wanita yang berasal dari Amerika Utara/Eropah Utara; insidens dan kematian disebabkan kanser payudara adalah lebih tinggi berbanding dengan negara-negara lain seperti Jepun 
Faktor Risiko Sederhana 
1.  Sejarah haid; perempuan yang datang haid lebih awal dan lewat putus  haid memiliki risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit ini.  Telah terbukti bahawa wanita yang telah melalui masa haid lebih dari 40  tahun mempunyai 2 kali ganda risikonya untuk mendapat kanser payudara  berbanding dengan mereka yang melalui haid dalam masa yang pendek. 
2.  Sejarah kelahiran; wanita yang tidak memiliki anak atau melahirkan anak  pertamanya pada usia yang lanjut, memiliki risiko yang lebih tinggi  untuk memperolehi penyakit ini. Adalah dipercayai disebabkan oleh  pendedahan kepada estrogen yang berlebihan. 
3.  Estrogen eksogenus; wanita yang pernah mengambil estrogen dalam bentuk  pil perancang keluarga ataupun terapi penggantian estrogen lebih  berisiko untuk memperolehi penyakit ini. Ini kerana mereka terdedah  kepada aras estrogen yang tinggi
4. Pernah mendapat kanser ovari atau rahim. 
      5. Alkohol; terdapat kajian yang telah menunjukkan bahawa ada kaitannya di antara  pengambilan alkohol dengan risiko pembentukan kanser payudara. 
Faktor Risiko Lain yang Lebih Ringan 
Diet  yang tinggi lemak juga mempunyai hubungkait dengan risiko kanser  payudara. Kaitan ini telah dikenalpasti berdasarkan pelbagai kanser  payudara yang menyerang masyarakat yang mengamalkan diet yang berbeza.  Walau bagaimanapun, masih tiada satu bukti yang kukuh untuk menyokong  teori ini dan kajian masih lagi dijalankan untuk mengesahkan perkara  ini. 
Insidens 
Kanser payudara : 
 • Merupakan penyebab utama kematian akibat kanser di kalangan kaum wanita di Malaysia 
 • Biasanya berlaku di kalangan wanita sahaja dan jarang pada lelaki. 
 • Merupakan salah satu dari kanser yang amat biasa menyerang kaum wanita 
 • Jarang berlaku pada wanita di bawah umur 30 tahun 
 • Insidensnya meningkat dengan umur 
Tanda-tanda dan gejala 
Gejala  utama yang dialami oleh pesakit adalah kehadiran ketumbuhan,  pengeluaran cecair lelehan dari puting, dan sakit atau ketidakselesaan  di sekitar payudara. 
 • Ketumbuhan  yang terjadi pada pesakit merupakan perubahan utama yang dialami oleh  pesakit. Ketumbuhan ini biasanya tidak sakit dan terdapat pada sebelah  payudara sahaja. Ianya keras dan pejal dan memiliki tepian yang tidak  licin. 
 • Lelehan yang keluar dari puting kadangkala mengandungi darah dan berair dan datang secara spontan tanpa sebarang rangsangan. 
• Apabila kanser telah  melarat dan memasuki peringkat yang lebih berbahaya, payu dara dan  puting akan mengalami perubahan bentuk. Akan terbentuk lekukan pada  kulit payudara dan teksturnya kelihatan dan dirasai seperti kulit buah  oren. Bentuk dan saiz payudara juga akan berubah. 
Komplikasi 
Dua  komplikasi utama kanser payudara ialah komplikasi setempat dan  komplikasi disebabkan perebakannya atau mengalami metastasis. 
Komplikasi  setempat termasuklah pembentukan ulser pada payudara, sebagaimana yang  berlaku pada kanser payudara inflamasi dan kehadiran semula kanser  tersebut di tempat yang sama selepas pembedahan. 
Metastasis  adalah satu proses di mana sel-sel kanser telah merebak ke  bahagian-bahagian lain di seluruh tubuh badan. Dalam proses ini, sel-sel  kanser telah mencerobohi saluran darah dan saluran limfa untuk memasuki  sistem peredaran darah dan limfa. Sel-sel kanser ini kemudiannya akan  bertapak di organ-organ lain dan memulakan pertumbuhan baru. Tempat  utama yang diserang melalui metastasis ini adalah tulang, hati dan  paru-paru. 
Pemeriksaan Fizikal 
Dalam  pemeriksaan fizikal, doktor akan memeriksa bahagian luar payudara  termasuklah di bahagian bawah lengan untuk mengenalpasti sebarang  ketumbuhan atau perubahan yang wujud. Doktor akan dapat menentukan saiz,  tekstur dan pergerakannya atau mobiliti ketumbuhan tersebut. Doktor  mungkin akan mencadangkan supaya mamogram dilakukan. 
Mamografi 
Mamografi  biasanya dilakukan untuk menyokong pemeriksaan fizikal kerana proses  ini mampu mengesan perubahan pada sel dan tisu payudara yang mungkin  terlalu kecil untuk dikesan melalui pemeriksaan fizikal yang menggunakan  tangan. Mamografi adalah X-ray yang menghasilkan imej payudara pada  filem. Imej yang terhasil ini dipanggil mamogram. Jika ada kawasan pada  mamogram yang mencurigakan atau tidak jelas, pemeriksaan tambahan  mungkin dijalankan. 
Ultrasonografi 
Ultrasonografi  menggunakan gelombang bunyi yang berfrekuensi tinggi untuk menentukan  sifat ketumbuhan tersebut sama ada pepejal atau berisi bendalir. 
Biopsi 
Biopsi  adalah ujian lanjutan bagi memeriksa tisu-tisu kanser. Sedikit sampel  tisu payudara diambil dan diperiksa menggunakan mikroskop. Terdapat dua  jenis biopsi: 
• Biopsi aspirasi - menggunakan jarum untuk mengambil sebahagian kecil tisu daripada ketumbuhan di payudara. 
• Biopsi pembedahan - di mana ketumbuhan atau kawasan yang disyaki dipotong dan dikeluarkan untuk diperiksa melalui mikroskop. 
Peringkat-Peringkat dalam Kanser Payudara 
Apabila  kanser payudara telah dikenalpasti, beberapa ujian lain akan dijalankan  untuk memastikan samada sel kanser tersebut telah merebak ke bahagian  lain. Proses ini dikenali sebagai pengkelasan. Pengkelasan dapat  membantu doktor untuk merancang rawatan yang sesuai berdasarkan  peringkat penyakit ini. 
Berikut adalah pengkelasan yang digunakan untuk kanser payudara: 
Karsinoma In-Situ (Kanser Setempat) 
• Merupakan  kanser pada peringkat paling awal yang berlaku dalam lebih kurang 15  -20% dari semua kes kanser payudara. Pesakit yang mengalami keadaan ini  memiliki risiko sebanyak 25% untuk memperolehi kanser payudara dalam  masa 25 tahun akan datang. 
• Terdapat dua jenis: kanser lobular dan kanser duktus yang masing-masing membawa risiko yang berbeza. 
Peringkat I 
• Ketumbuhan (tumor) berukuran kurang dari 2 sm (lebih kurang 1 inci) dan masih belum merebak keluar dari payudara. 
Peringkat II 
Termasuklah salah satu dari yang berikut: 
• Tumor berukuran kurang dari 2 sm, tetapi telah merebak ke nodus limfa di bawah lengan 
• Tumor berukuran 2-5 sm (1 - 2 inci) yang mungkin telah ataupun belum merebak ke nodus limfa di bawah lengan. 
• Tumor yang berukuran lebih daripada 5 sm (lebih daripada 2 inci) tetapi masih belum merebak ke nodus limfa di bawah lengan. 
Peringkat III 
Peringkat ini dibahagikan kepada peringkat IIIA dan IIIB. 
Peringkat IIIA merupakan salah satu daripada yang berikut : 
• Tumor  yang lebih kecil daripada 5 sm dan telah merebak ke nodus limfa di  bawah lengan. Nodus limfa tersebut telah melekat sesama sendiri ataupun  melekat dengan struktur lain. 
• Tumor  yang lebih besar daripada 5 sm dan telah merebak ke nodus limfa di  bawah lengan Peringkat IIIB pula terdiri dari salah satu daripada jenis  berikut: 
• Tumor telah merebak ke tisu di sekitar payudara (kulit atau dinding dada, termasuklah tulang rusuk dan otot di kawasan dada) 
• Tumor telah merebak ke nodus limfa, dalam dinding dada di sepanjang tulang dada. 
Peringkat IV 
• Tumor telah merebak ke organ-organ lain, biasanya tulang , paru-paru, hati atau otak 
• Tumor telah merebak ke kulit dan nodus limfa di leher, berdekatan dengan tulang selangka. 
Kanser Payudara Inflamasi 
Kanser  payudara inflamasi adalah sejenis kanser payudara yang khusus dan  jarang berlaku. Payudara tersebut kelihatan seperti mengalami keradangan  disebabkan oleh warnanya yang kemerahan dan keadaannya panas. Kulit  payudara kelihatan menggerutu dan berbintil-bintil. Kanser payudara  jenis ini cepat merebak. 
Kejadian Semula 
Kejadian  semula ini bermaksud kanser tersebut muncul kembali setelah dirawat. Ia  mungkin tumbuh dalam payudara, tisu lembut di dada ataupun di bahagian  lain-lain dalam badan. 
Rawatan Farmakologi 
Kemoterapi 
Kemoterapi  merupakan rawatan menggunakan dadah antikanser. Dadah ini boleh  diberikan secara intravena (disuntik ke dalam salur darah) atau secara  oral (ditelan). Dadah ini akan bergerak melalui saluran darah dan  bertindak ke atas sel-sel kanser di seluruh badan. Kemoterapi digunakan  untuk : 
• Mengurangkan kemungkinan berulang semula kanser tesebut. 
• Mengecutkan tumor sebelum pembedahan 
• Mengawal penyakit ini apabila kanser telah didapati merebak ke tisu-tisu lain dalam badan. 
Contoh-contoh  dadah antikanser yang biasa digunakan ialah Siklofosfamid, Metotreksat,  Doksirubicin. Biasanya gabungan beberapa dadah antikanser adalah lebih  berkesan dari menggunakan satu jenis dadah sahaja. Contoh kombinasi yang  digunakan ialah Siklofosfamid bersama Metotreksat dan Flurourasil  (singkatannya CMF). 
Terapi hormon 
Terapi  hormon melibatkan penggunan dadah anti-estrogen untuk menyekat  pertumbuhan sel-sel kanser. Estrogen adalah hormon semula jadi yang ada  pada setiap wanita. Hormon ini boleh menggalakkan pertumbuhan sel  kanser. Dadah anti-estrogen yang biasa digunakan ialah Tamoxifen. Telah  dikenalpasti bahawa status reseptor estrogen (ER+ve dan PR+ve) yang ada  pada seseorang wanita itu dalam jumlah yang tertentu boleh membantu  dalam rawatan ini. 
Komplikasi dari rawatan 
Pembedahan, terapi sinaran, kemoterapi dan terapi hormon mempunyai kesan sampingan masing-masing 
• Kesan  sampingan pembedahan termasuklah bengkak, sakit dan keras di tempat  pembedahan. Pesakit juga mengalami kesukaran untuk menggerakan lengan  dan bahu mereka dalam masa beberapa hari selepas pembedahan. 
• Kesan  sampingan kemotarapi bergantung kepada jenis dadah yang digunakan,  jumlah dadah yang diambil dan jangkamasa rawatan. Kesan sampingan  kemoterapi termasuklah pening kepala, muntah-muntah, hilang selera  makan, keguguran rambut, ketidakselesaan mulut dan gangguan kitaran  haid. 
• Di  dalam terapi sinaran, sinaran bertenaga tinggi digunakan untuk membunuh  sel-sel kanser. Kesan sampingan sementara yang muncul termasuklah  payudara terasa bengkak dan berat, perubahan pada kulit tempat radiasi  ditujukan dan kelesuan. 
• Di  dalam terapi hormon, kesan sampingannya berkaitan dengan pengurangan  fungsi estrogen terhadap organ reproduktif atau pembiakan wanita.  Pesakit akan mengalami pendarahan melalui faraj (yang bukan haid),  peningkatan berat badan dan gangguan emosi. Dadah-dadah jenis ini juga  boleh menyebabkan pembekuan darah dalam saluran darah terutamanya di  bahagian kaki. 
Rawatan  untuk pesakit kanser payudara memerlukan pelbagai disiplin rawatan.  Setiap pesakit memerlukan lebih dari satu rawatan berikut: 
• Pembedahan (membuang kanser melalui proses pembedahan) 
• Terapi sinaran (radiasi) (menggunakan x-ray pada dos yang tinggi untuk memusnahkan sel-sel kanser) 
• Kemoterapi (menggunakan dadah untuk membunuh sel-sel kanser) 
• Terapi  hormon (menggunakan dadah yang dapat mengubah fungsi hormon atau  membuang organ yang menghasilkan hormon tersebut seperti ovari)     
RAWATAN BUKAN FARMAKOLOGI 
Pembedahan 
Pembedahan  disarankan sebagai rawatan bagi kebanyakan kanser payu dara. Pembedahan  boleh dibahagikan kepada beberapa tahap iaitu lumpektomi, prosedur  pembuangan sebahagian daripada payu dara dan mastektomi 
• Lumpektomi  adalah pembedahan yang paling ringan. Ia hanya membuang tumor dan  sebahagian kecil daripada tisu di sekelilingnya. Pembedahan ini hanya  dilakukan untuk kanser peringkat permulaan sahaja 
• Prosedur  membuang sebahagian dari payu dara - dijalankan untuk membuang tumor  yang lebih besar. Biasanya nodus limfa yang berdekatan juga akan dibuang  
• Dalam  mastektomi, keseluruhan payu dara dibuang. Prosedur ini hanya dilakukan  apabila tumor telah merebak ke bahagian lain yang lebih jauh. 
Terapi radiasi 
Terapi  sinaran adalah rawatan yang tidak menyakitkan. Ia menggunakan sinar  bertenaga tinggi untuk memusnahkan sel-sel kanser. Ia biasanya  disarankan selepas lumpektomi untuk memusnahkan segala sel-sel kanser  yang masih ada bagi mengelakkan kanser tersebut berulang. Biasanya  sinaran tersebut ditujukan dari satu sumber di luar badan di bahagian  yang terlibat dengan kanser. 
Pemantauan / Amaran 
Pemantauan dan Langkah Berjaga-jaga 
Kanser  payudara adalah penyakit yang serius dan boleh membawa maut. Dengan  mengesan awal, pesakit kanser memperolehi 95% untuk sembuh. Pengesanan  awal boleh menyelamatkan nyawa. 
Apakah pemeriksaan yang diperlukan oleh seorang wanita? 
Wanita  yang berumur antara 20 hingga 40 tahun perlu melakukan Pemeriksaan  Sendiri Payudara (PSP) setiap bulan dan perlu berjumpa doktor untuk  melakukan pemeriksaan payudara setiap tiga tahun. Pemeriksaan mamografi  awal perlu dilakukan apabila mencapai umur antara 35 hingga 40 tahun.  Pemeriksaan awal ini diperlukan sebagai rujukan di masa akan datang.  Mereka yang berumur lebih daripada 40 tahun perlu melakukan PSP sekali  dalam sebulan dan melakukan pemeriksaan fizikal yang kerap. Pemeriksaan  mamografi rutin perlu dijalankan setiap tahun bagi wanita yang telah  berumur 50 tahun ke atas. Wanita berumur 40 - 49 tahun perlu berjumpa  doktor untuk menentukan keperluan menjalani mamografi. 
Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP) 
Periksa  payudara anda 3 hari selepas haid anda berakhir atau pada hari pertama  setiap bulan jika anda sudah tiada haid. Terdapat tiga kaedah PSP yang  anda boleh pilih untuk melakukan pemeriksaan ini. Lakukan salah satu  daripada kaedah-kaedah di bawah yang anda rasa paling selesa. 
Kaedah 1
Dalam kaedah ini, periksa payudara anda sewaktu berbaring dengan meninggikan bahu kanan menggunakan bantal atau tuala. 
• Tekan  payudara sebelah kanan menggunakan tangan kiri dengan pergerakan  membulat dan rasakan sebarang ketumbuhan atau penebalan kulit. 
• Picit puting dan kawasan di sekelilingnya perlahan-lahan dan periksa untuk memastikan kewujudan cecair jernih atau berdarah. 
• Ulangi langkah-langkah yang sama pada payudara sebelah kiri 
Kaedah 2 
Anda perlu berdiri di hadapan cermin untuk memeriksa payudara anda menggunakan kaedah ini 
• Periksa payudara anda semasa berdiri tegak, tangan diangkat ke atas, dan kemudian memeriksa payudara dengan tangan di pinggang. 
• Perhatikan  sebarang perubahan dari segi saiz, bentuk, kehadiran lekukan atau  sebarang perubahan dari segi rupabentuk dan kedudukan puting. Pastikan  anda memeriksa kedua-dua belah payudara. 
Kaedah 3 
Dengan kaedah ini anda boleh melakukan PSP sewaktu mandi iaitu apabila kulit anda basah dan bersabun. 
• Pastikan jari-jari tangan kiri anda adalah rata dan lalukannya pada payudara kanan dengan tangan kanan diangkat ke atas. 
• Ulangi kaedah yang sama untuk payudara sebelah kanan 
Anda  mungkin dapat mengesan beberapa perubahan atau kewujudan ketulan dalam  payudara. Kebanyakan ketumbuhan tersebut bukanlah kanser. Kadangkala  ketulan tersebut menyakitkan dan keras disebabkan kitaran haid. Cara  terbaik untuk mengesahkan ketumbuhan yang anda alami ialah dengan  merujuk kepada doktor untuk penyiasatan lanjut dan pengesahan. 
Mamografi 
Mamografi  bukan sahaja dianggap sebagai ujian penyiasatan bagi penyakit ini,  tetapi ia juga merupakan satu prosedur pemantauan yang penting. Ujian  mamografi rutin membolehkan kanser dikesan lebih awal. Mamografi boleh  mendatangkan faedah kepada wanita yang mengamalkannya sebagai satu ujian  penyaringan bagi kanser payudara. 
• Wanita berumur 40 tahun dan lebih perlu menjalani ujian ini sekali dalam 1 hingga 2 tahun 
• Wanita yang berumur lebih daripada 50 tahun perlu menjalani ujian ini setiap tahun 
• Jika  doktor anda menjumpai ketumbuhan pada payudara anda, anda perlu  menjalani ujian ini secara berterusan atau berkala tanpa mengira umur  anda 
Apa itu mamografi 
Mamografi  ialah satu proses di mana x-ray yang menghasilkan imej payudara pada  filem atau kertas yang disalut selenium. Imej tersebut dipanggil  mamogram. Prosedur ini biasanya memperlihatkan 2 sudut bagi setiap satu  payudara. 
Fungsi: 
 • Mamografi  boleh mengenalpasti kanser walaupun dari saiz yang kecil yang tidak  dapat dirasa oleh wanita tersebut ataupun doktor yang berpengalaman. 
 • Mamografi juga mampu menunjukkan perubahan lain pada tisu payudara yang merupakan tanda-tanda awal kanser payudara 
 • Mamogram  dasar (baseline mammogram) adalah penting sebagai garis panduan untuk  rujukan di masa akan datang. Bersama-sama dengan pemeriksaan fizikal,  mamografi telah terbukti sangat berkesan untuk menyelamatkan nyawa,  terutamanya bagi wanita yang berumur 50 tahun ke atas yang tidak  mempamerkan sebarang gejala kanser payudara. 
Adakah ia selamat? 
Dalam  beberapa tahun ini, jumlah sinaran yang diperlukan untuk menghasilkan  mamogram yang berkualiti tinggi telah diturunkan parasnya. 
Syarat untuk mamogram 
 • Jika  doktor mencadangkan bahawa anda perlukan mamogram, lakukanlah dengan  segera. Di antara gejala-gejala kanser payudara yang penting adalah  perubahan bentuk atau kontur payudara, pembentukan lekukan, perubahan  pada kulit di sekeliling puting, terkeluar bendalir dari puting,  ketumbuhan atau penebalan kulit berlaku atau segala perubahan yang  dirasa tidak normal. 
• Mamografi adalah amat berfaedah bagi wanita yang mengamalkannya sebagai salah satu daripada pemeriksaan kanser rutin mereka. 
Prognosis 
Bergantung kepada: 
• Peringkat tumor 
• Saiz tumor 
• Bilangan nodus limfa yang terlibat 
• Status reseptor estrogen 
• Perkara-perkara lain 
Dengan pengesanan awal, pesakit kanser payudara mempunyai 95% peluang untuk meneruskan hidup 
Pencegahan 
Sebarang  faktor yang boleh meningkatkan kebarangkalian seseorang itu mendapat  kanser payudara diketahui sebagai faktor risiko. Sesetengah faktor  risiko itu boleh dikawal. Ia dikenali sebagai faktor risiko bolehubah. 
Faktor risiko boleh diubahsuai termasuklah gaya  hidup seseorang seperti pengambilan alkohol, berat badan dan diet.  Menurunkan berat badan yang berlebihan boleh membantu mengurangkan  risiko kanser payudara. Senaman yang sesuai yang disertai dengan  pemakanan yang seimbang boleh membantu menurunkan berat badan. Rujuk  kepada doktor anda untuk mengetahui senaman yang paling sesuai untuk  anda. Diet yang tinggi lemak dikatakan mempunyai kaitan dengan kanser  payudara. Untuk menurunkan risiko ini, ambil makanan rendah lemak dan  tinggi kandungan seratnya. Contoh makanan yang tinggi kandungan seratnya  ialah buah-buahan dan sayur-sayuran. 
Kanser  payudara boleh dirawat jika ia masih berada di peringkat awal. Untuk  mengelakkan komplikasi selanjutnya, setiap wanita perlu mengamalkan  Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP), dapatkan pemeriksaan klinikal  payudara secara tekal dan lakukan saringan mamografi pada jangka waktu  yang tetap. Saringan dan pemantauan secara tekal boleh mengesan sebarang  perubahan pada payudara dan mengelakkan kesan yang tidak diingini.
Apa itu kanser Payudara?
Kanser payudara marupakan kanser yang paling tinggi kejadiannya dan penyebab utama kematian di kalangan wanita Malaysia. Kanser payudara berpunca dari sel- sel dalam tisu payudara yang berkembang dalam keadaan yang tidak terkawal. Jika tidak dikesan dan dirawat secepat mungkin, kanser payudara boleh merebak ke kelenjar limfa dan bahagian badan yang lain seperti tulang, paru- paru dan hati.

Apa Menyebabkan Kanser Payudara?
Penyebab sebenar kanser payudara tidak di ketahui. Setiap wanita berusia 20 tahun ke atas adalah berisiko menghadapi kanser payudara. Faktor- faktor berikut mungkin menambahkan risiko wanita menghidap kanser payudara:

| - | Usia   yang meningkat. | 
| - | Mempunyai   ahli keluarga yang menghidap kanser payudara. | 
| - | Telah   mendapat kanser pada satu payudara.  | 
| - | Mula   datang haid awal (sebelum umur 12 tahun) atau putus haid lewat (selepas umur   melebihi 50 tahun.  | 
| - | Tidak   pernah melahirkan anak atau melahirkan anak pertama pada umur melebihi 30   tahun. | 
| - | Mengambil   jenis makanan yang mengandungi banyak lemak haiwan. | 
Apa Yang Anda Boleh Lakukan Untuk Mencegah Kanser Payudara?
Kanser payudara boleh dicegah jika dikesan dan dirawat awal. Kanser payudara adalah satu kanser yang paling mudah dikesan.
Pegesanan  boleh dilakukan dengan Pemeriksaan Sendiri Payudara. Semua wanita yang  berusia 20 tahun dan lebih melakukan Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP)  setiap bulan sepanjang hayat mereka. Bagi wanita yang melebihi 30 tahun  mereka perlu juga mendapat Pemeriksaan Payudara oleh seorang doktor atau  kakitangan perubatan yang lain setiap tahun.
Pemeriksaan  payudara secara tetap akan membolehkan seorang wanita mengesan payudara  pada peringkat yang awal di mana rawatan adalah lebih berkesan.
BAGAIMANA MELAKSANAKAN PSP
(PEMERIKSAAN SENDIRI PAYUDARA)
Bila Mesti Melakukan PSP?
Anda mesti melakukannya setiap bulan. Jika anda masih datang haid, PSP mestilah dilakukan di antara hari ke 7 hingga ke 10 selepas bermulanya haid anda. Sekiranya jangka masa haid anda tidak teratur atau anda sudah putus haid, PSP mesti dilakukan pada satu hari yang ditetapkan setiap bulan. Pilih hari yang mudah diingati, seperti hari pertama atau terakhir pada bulan tersebut.

Bagaimana Melakukan PSP?
Ia boleh dilakukan dengan 2 cara iaitu, melihat perubahan di hadapan cermin dan mengesan perubahan dengan cara berbaring.
Ia boleh dilakukan dengan 2 cara iaitu, melihat perubahan di hadapan cermin dan mengesan perubahan dengan cara berbaring.
- Melihat Perubahan Di Hadapan      Cermin.
 Lihat pada saiz, bentuk dan keseimbangan bentuk payudara (symmetry) serta paras kedua- dua puting payudara.
 
 Kedudukan 1
 Tanggalkan pakaian anda pada paras pinggang, dan lihat diri anda di hadapan cermin.
 
 Kedudukan 2
 Angkat kedua- dua tangan ke atas kepala anda. Periksa payudara anda dari berbagai sudut.
 
 Kedudukan 3
 Berdiri tegak di hadapan cermin dengan tangan anda di sisi. Pusing ke kiri dan ke kanan untuk mengesan sebarang perubahan pada payudara
 
 Kedudukan 4
 Tegangkan otot- otot bahagian dada anda dengan mencekak pinggang dan menolak ke bawah.
 
 Tanda- Tanda Amaran Yang Perlu Diperhatikan Semasa Pemeriksaan.
 - Benjolan di payudara atau ketiak
 - Perubahan bentuk dan saiz payudara yang luar biasa.
 - Kerutan atau lekuk yang luar biasa pada payudara.
 - Puting payudara tertarik ke dalam.
 - Perdarahan atau lelehan luar biasa dari puting payudara
- Mengesan Perubahan Dengan      Cara Berbaring 
 Langkah 1: Persediaan
 Mulakan dengan PAYUDARA KANAN. Baring mengiring ke kiri dengan membengkokkan kedua- dua lutut anda. Letakkan bantal atau tuala mandi yang telah dilipat di bawah bahu sebelah kanan untuk menaikkan bahagian yang akan diperiksa.
 Kemudian letakkan tangan kanan anda di bawah kepala.Gunakan tangan kiri anda untuk memeriksa payudara kanan anda.Gunakan tapak jari- jari anda untuk memeriksa sebarang BENJOLAN atau PENEBALAN. Periksa payudara anda dengan menggunakan kaedah- urutan menegak (Vertical Strip) dan Kaedah pusingan (Circular).
 
 Langkah 2: Pemeriksaan Payudara Kaedah Urutan Menegak
 Periksa seluruh kawasan payudara dalam corak urutan menegak, dari tulang selangka di bahagian atas ke garis- kutang (bra- line) di bahagian bawah; dan dari garis- tengah di bahagian bawah ketiak anda. Menggunakan tangan kiri, mulakan urutan pertama di ketiak anda. Buat pusingan ringan dan tekan kuat di tempat ini untuk merasakan sebarang benjolan atau penebalan.gerakkan tangan anda perlahan- lahan ke bawah ke arah garis- kutang menggunakan pusingan ringan dan tekan kuat di setiap tempat. Di bahagian bawah garis- kutang, bergerak lebih kurang dua sentimeter ke kiri dan terus ke arah atas menuju ke tulang selangka anda dengan melakukan pusingan dan tekanan. Bergeraklah ke atas dan ke bawah mengikut urutan dan liputi seluruh kawasan yang ditunjukkan.
 
 Langkah 3: Pemeriksaan Payudara Kaedah Pusingan
 Bermula di bahagian atas payudara anda, buat pusingan yang besar. Bergeraklah sekeliling payudara anda dengan memerhatikan sebarang benjolan atau penebalan yang luar biasa. Buat sekurang- kurangnya tiga pusingan kecil sehingga anda sampai ke puting payudara. Lakukan ini sebanyak dua kali, sekali dengan tekanan ringan dan sekali dengan tekanan kuat. Jangan lupa periksa bahagian bawah areola ( kawasan hitam ).
 
 Langkah 4: Pemeriksaan Lelehan Di Puting Payudara
 Menggunakan kedua- dua belah tangan, tekan payudara anda untuk melihat samaada terdapat sebarang lelehan luar biasa dari puting payudara.
 
 Langkah 5: Memeriksa Ketiak Anda
 Jatuhkan tangan kanan anda di sisi dan rasa ketiak anda dengan teliti untuk mengesan sebarang benjolan.
 
 PEMERIKSAAN PAYUDARA KIRI
 Mula sekali lagi dengan langkah 1 hingga ke langkah 5 untuk PAYUDARA KIRI dengan cara yang sama menggunakan tangan kanan.
Adakah Semua Benjolan Dalam Payudara Menandakan Kanser?
9 daripada 10 benjolan yang terdapat di dalam payudara bukanlah kanser. Walau bagaimanapun, anda perlu berwaspada terhadap semua benjolan dalam payudara, dan perlu berjumpa dengan doktor anda dengan segera.
RAYUAN KEPADA SEMUA WANITA
Cegah Kanser Payudara dengan melakukan PSP setiap bulan
Jadikan PSP sebahagian dari cara hidup anda.
Jika anda merasa sebarang benjolan atau perubahan luar biasa di payudara anda, sila jumpa Doktor anda segera.
INGAT! Kanser payudara boleh disembuhkan jika dikesan awal dan dirawat secepat mungkin.

FAKTOR-FAKTOR RISIKO  
Penyebab  utama kanser payudara masih belum diketahui dan dipercayai bahawa lebih  daripada satu faktor yang mengakibatkannya. Pakar pengkaji percaya  bahawa faktor penyebab termasuk faktor genetik dan faktor alam sekitar.
Keutamaan telah ditumpukan kapada individu yang mempunyai risiko tinggi. Berapa sebab telah pun dikaji dengan teliti. Apakah implikasi mengenalpasti faktor-faktor risiko kanser payudara. Faktor-faktor risiko yang sudah diketahui akan membolehkan individu yang berisiko tinggi menerima manafaat daripada kawalan rapi iaitu daripada pemeriksaan rapi klinikal dan pemeriksaan mammografi. Walaubagaimanapun, wanita yang tidak mempunyai faktor-faktor risiko boleh menghidapi kanser. Jadi, faktor-faktor risiko tidak boleh memberi ramalan yang tepat.
Pesanan utama

| 1. | Mengetahui   faktor risiko akan memutuskan sama ada anda perlu atau tidak pemeriksaan   saringan. | 
| 2. | Sekiranya    anda tidak mempunyai faktor-faktor risiko tidak bermakna anda  selamat. Ramai   wanita yang mengidapi kanser tidak mempunyai riwayat  keluarga atau mempunyai   faktor-faktor risiko. | 
| 3. | Kanser   payudara tidak boleh dicegah dan strategi utama adalah pengesanan awal dan   rawatan sebelum kanser itu merebak | 
Faktor–faktor yang dikenal pasti
Berikut adalah faktor-faktor yang telah dikenal pasti
Jantina
Kanser payudara adalah khususnya penyakit wanita (95% daripada kes kanser payudara adalah di kalangan kaum wanita).
Umur
Semakin usia meningkat semakin tinggi risiko. Wanita yang berumur kurang daripada 25 tahun jarang sekali mengidapi kanser payudara.
Perbezaan geografi
Kawasan kediaman memainkan peranan. Kanser payudara lebih didapati di negeri barat jika dibandingkan dengan negara Asia atau Afrika.
Riwayat kanser payudara
Sekiranya anda pernah menghidapi kanser payudara, risiko ianya akan berulang meningkat 4 kali ganda
Riwayat keluarga dan faktor genetik
Sekiranya seorang wanita mempunyai ibu atau adik beradik perempuan (waris perempuan terdekat) yang pernah menghidapi kanser payudara pada usia yang agak muda, risiko ia akan menghidapi kanser payudara akan meningkat 2 kali ganda dan risiko ini akan meningkat 4 kali ganda sekiranya 2 atau lebih waris terdekat menghidapi kanser payudara.
Untuk lelaki, risiko meningkat sekiranya, bapa, adik beradik lelaki atau anak lelakinya menghidapi kanser payudara. Saudara mara seorang lelaki yang menghidapi kanser payudara mempunyai risiko tinggi. Ada laporan yang mengatakan 60% lelaki pengidap kanser payudara mempunyai saudara wanita yang menghidapi kanser payudara. Usia mereka ketika menghidapi kanser penting diketahui.
Hanya 5-10% wanita yang menghidapi kanser payudara mempunyai faktor-faktor genetik. Pada tahun 1990 gen BRCA1 ditemui dan diikuti berapa tahun kemudian dengan gen BRCA2. Sekiranya salah satu gen tersebut didapati, risiko akan meningkat sebanyak 85%
Gen BRCA1 mempunyai kaitan dengan kanser ovari. Gen ini bukan suatu gen yang berlebihan tetapi merupakan suatu gen yang berubah mengakibat munculnya kanser payudara. Wanita yang ada gen BRCA1 mempunyai riwayat keluarga di mana beberapa generasi menghidapi kanser pada usia yang muda dan kanser didapati pada kedua-dua payudara. Walaubagaimanapun, terdapat wanita yang ada gen BRCA1 di mana saudaranya tidak menghidapi kanser payudara.
Sindrom Li-Frameni adalah sejenis kanser payudara yang jarang berlaku dan dikaitkan dengan gen p53. Kanser pada pesakit-pesakit ini dikaitkan dengan ketumbuhan tisu lembut, tulang, otak dan kelenjar adrenal.

Adanya riwayat penyakit payudara
Ini meliputi semua keadaan di mana terdapat sel-sel abnormal. Wanita di mana sel-sel agak abnormal iaitu hiperplasia atypical mempunyai kadar risiko 4 kali ganda menghidapi kanser payudara. Begitu juga dengan penyakit fibrosistik atau penyakit proliferatif.

Riwayat haid
Sekiranya seorang wanita baligh pada usia sebelum 12 tahun atau putus haid selepas 55 tahun, risiko ia menghidapi kanser meningkat 2 atau 3 kali ganda. Ini berkaitan dengan fasa kesuburan dan pendedahan terhadap pengaruh hormon oestrogen.
Jumlah anak
Seorang wanita yang tidak mempunyai anak atau tidak pernah hamil selepas umurnya 30 tahun mempunyai risiko tinggi menghidapi kanser payudara. Ini mungkin ada kaitan dengan pusingan haid yang tidak terganggu.
Pendedahan radiasi
Pendedahan radiasi seperti sinar-X semasa usia atau sebelum usia 30 tahun boleh meningkatkan risiko terhadap kanser payudara tetapi pendedahan seperti ini jarang sekali berlaku

Pendedahan  kepada letupan bom atom boleh meningkatkan risiko sebanyak 3 kali  ganda. Risiko radiasi diperolehi daripada data pendedahan tinggi seperti  mangsa letupan bom atom, pelombong uranium, mangsa pendedahan gas  radon, pesakit tuberculosis yang pernah mengalami floroskopi ulangan  (satu cara pemeriksaan yang tidak dilakukan lagi) dan pesakit yand  didedahkan radiasi untuk rawatan penyakit mastitis dan penyakit  Hodgkins. Dos yang didapati merangkumi 250mGy – 20Gy (25 sehingga  2000rads). Dos seperti ini tidak digunakan semasa pemeriksaan diagnostik
Status socioekonomi
Status socioekonomi tinggi akan meningkatkan risiko kanser payudara. Ini berkaitan dengan usia semasa baligh, usia semasa putus haid, usia ketika hamil anak pertama dan juga pemakanan
Pemakanan
Pemakanan telah dikatakan mempengaruhi kadar kanser di antara negara-negara. Walaubagaimanapun kajian telah menunjukkan bahawa kaitan antara kadar kanser payu dara dan pemakanan adalah lemah atau tidak secara langsung. Pengambilan minuman beralkohol telah membuktikan peningkatan risiko 1.4 sehingga 2.0 kali ganda.
Saiz tubuh
Wanita yang gemuk selepas putus haid mempunyai risiko yang meningkat. Ini adalah kerana lemak mengandungi oestrogen dan pada wanita seperti ini paras oestrogen lebih tinggi

Pil perancang dan terapi hormon gantian (THG)
Pengambilan pil perancang pada jangka masa yang lama dikaitkan dengan peningkatan risiko dalam lingkungan 1.2 kali. Rawatan hormon gantian (THG) dalam bentuk campuran oestrogen dan progestogen sering diberikan. Dos oestrogen yang diberikan adalah rendah dan risiko kanser akan meningkat 1.8 kali hanya selepas penggunaan selama 5 tahun. Selepas 5 tahun risiko meningkat 2.6 kali.
Keputusan untuk menerima rawatan THG bergantung kepada berapa faktor. Data mengenai manafaat terhadap penyakit kardiovaskular dan penyakit osteoporosis makin menggalakkan.THG juga bermanfaat kepada wanita yang mempunyai gejala gejala putus haid seperti ‘hot flush’ dan perubahan perasaan.
Kanser payudara yang dikaitkan dengan THG didapati mudah dirawati dan kurang merebak. Ini mungkin kerana wanita-wanita ini lebih sering melakukan mamogram dan kanser dikesan lebih awal. Walaubagaimanapun implikasi risiko dan faedah penggunaan THG perlu dikaji dengan teliti.
Penggunaan THG dipertimbangkan apabila faedah mengambilnya adalah melebihi risikonya.

Penyusuan
Kajian telah menunjukkan bahawa tidak ada kaitan antara penyusuan dan kanser payudara. Penyusuan tidak memberikan apa perlindungan. Kajian Carolina Breast Center pada tahun 1999 telah menunjukkan bahawa penyusuan merendahkan sedikit risiko terhadap kanser payudara di kalangan wanita yang boleh hamil (child bearing). Kajian ini juga memperingatkan wanita jangan melakukan penyusuan hanya sebagai perlindungan untuk kanser payudara. Penyusuan harus dilakukan kerana manfaat kepada kedua dua ibu dan bayi.

TANDA-TANDA KANSER PAYUDARA 
Bagi  ramai wanita, kanser payudara dikesan sebagai satu ketumbuhan yang  tidak sakit. Walaubagaimanapun, terdapat tanda-tanda yang lain yang  harus diketahui.
Payudara
Payudara
| - | Perubahan   saiz dan rupa | 
| - | Lekuk   pada kulit | 
| - | Ketulan   atau penebalan | 
Puting
| - | Puting   berdarah (jarang berlaku)  | 
| - | Ruam di   puting dan di persekitaran kulit (jarang berlaku) | 
| - | Puting   tertarik ke dalam | 
| - | Ketulan   atau penebalan terutama jika terdapat juga cecair keluar daripada puting  | 
| - | Penghasilan    cecair daripada puting adalah biasa dan selalunya akibat masaalah  payudara   yang tidak mudarat. Keadaan boleh membimbangkan sekiranya  puting berdarah.  | 
| - | Penyakit   Paget di payudara ada kaitan dengan kanser payudara  | 
| - | Ruam di   puting atau sekitaran puting boleh akibat daripada eczema. Sila jumpa doktor   anda untuk mendapat kepastian  | 
| - | Puting    tertarik kedalam adalah satu keadaan normal dan semula jadi pada  setengah   wanita. Walaubagaimanapun sekira keadaan ini baru berlaku dan  tanpa sebab,   anda harus berjumpa doktor anda. | 
Lengan
- Ketulan atau bengkak di atau sekitar ketiak
Rasa Sakit
Kesakitan di payudara atau mastalgia perlu diberi tumpuan khas kerana kesakitan adalah sebab utama wanita melakukan pemeriksaan sendiri payudara, menjadi cemas dan berjumpa dengan doktornya. Walaubagaimanapun, kesakitan dalam payudara selalunya bukanlah gejala kanser payudara. Ramai wanita merasakan payudaranya berketul dan sakit sebelum haid. Sakit juga biasanya disebabkan oleh perubahan fibrosistik yang tidak mudarat.
Kelainan Dalam Perkembangan Payudara dan Perubahan Mengikut Usia
Perbincangan mengenai gejala dan tanda-tanda kanser payudara tidak akan lengkap tanpa menyentuh mengenai penyakit-penyakit payudara yang lain yang tidak mudarat. Semasa penyiasatan kanser payudara, penyakit-penyakit tersebut mungkin dijumpai.
Disepanjang hayat, seorang wanita akan mengalami berbagai perubahan pada payudara. Ini termasuk perubahan semasa haid dan juga timbulnya berapa jenis ketulan yang tidak mudarat. Apabila proses perkembangan dan perubahan ini menjadi berlebihan atau lebih ketara, barulah ianya dikatakan penyakit dan anda akan merasai gejalanya. Apa yang penting ialah kebanyakannya bukanlah kanser. Dianggarkan 80-90% ketulan payudara yang memerlukan biopsi bukanlah disebabkan oleh kanser.
Semasa umur antara 15-25 tahun, ketumbuhan seperti fibroadenoma boleh didapati akibat pengaruh hormon kepada berbagai tisu dalam payudara. Keadaan ini boleh mengkibatkan timbul lebih daripada satu ketumbuhan atau sesuatu ketumbuhan itu boleh mencapai saiz yang besar. Kedua-dua payudara juga boleh membesar lebih daripada normal (hipertropi remaja).
Semasa umur antara 25-40 tahun, terdapat pula pengaruh hormon yang berlebihan sehingga mengakibatkan kesakitan berkala semasa pusingan haid, dan timbul ketulan-ketulan yang mungkin dapat dirasa dengan jelas dan terasing.
Semasa umur antara 35-55 tahun, mungkin akan terjadi sista (cyst), pelebaran saluran susu, perubahan fibrosis di sekitar saluran susu dan juga inflamasi. Sel-sel dalam tisu payudara juga boleh mengalami perubahan sama ada ianya akan bertambah berlipat ganda atau menimbulkan sel-sel yang atipikal atau luar biasa.

SUMBER DARIPADA WIKIPEDIA dan YAHOO!
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan