apalah nasib mereka?


KEJADIAN PERTAMA

16HB NOV 2010 - 8.30 pagi ni saya menghantar isteri kepejabatnya di sri kembangan melalui h/way kesas keluar di h/way sg besi dan bila saya susur keluar ke bulatan lumba kuda saya melihat jalan mulai jem,saya lihat ramai orang berhenti dan  bila saya melalui ditempat orang ramai berkerumun saya lihat seorang penunggang motorsikal maut dalam kemalangan,mungkin dia melanggar pembahagia jalan.

KEJADIAN KEDUA

16HB NOV 2010 - 10 malam saya bertolak balik kekampung halamam,balik pada malam raya saya seperti  dapat merasakan kereta akan banyak dan apabila sampai kerawang sangkaan saya tepat memang kereta banyak,apabila saya sampai dibehrang tiba-tiba saya melihat jalan mulai jem teruk,kekadang bergerak kekadang langsung tidak.
setelah hampir 20 minit saya sangkut dalam kesesakan lalulintas  lalu kereta bomba dan ambulan,tergerak dihati saya pasti berlau kemalangan.jem berlarutan sehingga ke slim river dan bila saya sampai ditempat yang menjadi punca kesesakan lalulintas saya dapat melihat sebuah treler ditengah jalan dan anggota bomba sedang menjalankan tugas.
semalam bila saya baca harian metro saya tersentak rupanya kemalangan yang saya lihat malam itu meragut nyawa suami/isteri dan anak kembar mereka,cuma 2 anak mereka terselamat tapi mengalami luka yang teruk.


 2 kemalangan maut yang dapat saya saksikan dalam 1 hari,kemudian saya mula terfikir sejenak

1. 17hb adalah hari raya idul adha,sudah pasti isteri dan anak penunggang motorsikal merasa teramat sedih kerana kehilangan seorang suami/ayah dan juga pencari nafkah,jika suami/ayah/pencri nafkah tadi tiada simpanan atau apa2 plan kecemasan/perlindungan bagaimana nasib siisteri dan sianak?andaikata siisteri tidak berkerja bagaimana reaksi siisteri yang secara tiba-tiba hilang tempat bergantung?bagaimana pula dengan nasib sianak yang akan mula bersekolah tahun hadapan?


2. bagaiamana pula nasib 2 anak yang kehilangan ayah/ibu dan adik dalam sekelip mata?siapa yang akan menanggung persekolahan mereka?jika dilihat keratan berita diatas,datuk dan nenek akan memelihara mereka,alhamdullillah,tapi mampukah atuk dan nenek untuk menyediakan kelengkapan persekolahn,pakai minum dabermacam lagi sedangkan atuk dan nenek tiada pendapatn tetap?alhamdulillah jika ayah/ibu memiliki plan kecemasan/perlindungan sekurang2nya tabung pendidikan telah terjamin,dan pampasan dari kematian dapat digunakan untuk atuk dan nenek membesarkan 2 cucu mereka,bagaimana jika siayah/ibu tidak mempunyai plan kecemasan/perlindungan,banyakah simpanan mereka?

anggaplah ini sebagai satu iktibar. kita tidak tahu apa yang akan terjadi kepada diri kita,bak pepatah orang tua-tua 'sediakan payung sebelun hujan',jika tidak mampu banyak sedikit pun tidak mengapa asalkan waris yang ditinggalkan tidak merasa beban sementara mereka ingin menyesuaikan diri bila kehilangan kita sebagai pencari nafkah.

hubungi saya untuk mendapatkan pelan kecemasan/perlindungan hari ini juga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan