SILA KLIK DIIMEJ UNTUK BESARKAN
Dalil wajib haji dinyatakan dalam Al-Quran melalui Surah Ali Imran ayat 97 yang bermaksud;
Di situ ada  tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di  antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim. Dan sesiapa yang masuk ke dalamnya  aman tenteramlah dia. Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat  Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai  kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu),  maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari  sekalian makhluk.
dalil mengerjakan haji 
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
   أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ    وَسَلَّمَ قَالَ    الْعُمْرَةُ إِلَى الْعُمْرَةِ    كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُمَا وَالْحَجُّ الْمَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ    إِلَّا الْجَنَّةُ      Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW    telah bersabda : "Dosa di antara dua umrah akan terhapus dan Haji Mabrur    (yg diterima) akan mendapat balasan Syurga.   Riwayat Bukhari, Muslim, Turmizi, Nasaie,    Ahmad, Ibnu Majah dan Malik
     عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
   عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ    وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ    الْحُجَّاجُ وَالْعُمَّارُ    وَفْدُ اللَّهِ إِنْ دَعَوْهُ أَجَابَهُمْ وَإِنْ اسْتَغْفَرُوهُ غَفَرَ    لَهُمْ      Dari Abu Hurairah RA dari Rasulullah SAW    bahawa baginda telah bersabda : Orang yang mengerjakan haji dan umrah    merupakan rombongan Allah, jika mereka mendoakan sesuatu maka Allah akan    memperkenankannya, dan jika mereka memohon ampun, akan diampunkan.    Riwayat Ibnu Majah, at-Tabarani dan    al-Baihaqi
   عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ قَالَ
   قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ    وَسَلَّمَ    تَابِعُوا بَيْنَ    الْحَجِّ وَالْعُمْرَةِ فَإِنَّهُمَا يَنْفِيَانِ الْفَقْرَ وَالذُّنُوبَ    كَمَا يَنْفِي الْكِيرُ خَبَثَ الْحَدِيدِ وَالذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ    وَلَيْسَ لِلْحَجَّةِ الْمَبْرُورَةِ ثَوَابٌ إِلَّا الْجَنَّةُ      Dari Abdullah bin Mas'ud, Rasulullah SAW telah    bersabda : Turutilah kerja haji dgn ibadah umrah, sesungguhnya    kedua-duanya akan menghalang kamu drp kepapaan dan dosa, sebagaimana    hembusan api menghilangkan segala kekotoran besi, perak dan emas. Haji    Mabrur (yg diterima) akan mendapat balasan Syurga.   Riwayat Turmizi, Nasaie, Ibnu    Majah dan Ahmad
   عَنْ عَلِيٍّ قَالَ
   قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ    وَسَلَّمَ    مَنْ مَلَكَ زَادًا    وَرَاحِلَةً تُبَلِّغُهُ إِلَى بَيْتِ اللَّهِ وَلَمْ يَحُجَّ فَلَا    عَلَيْهِ أَنْ يَمُوتَ يَهُودِيًّا أَوْ نَصْرَانِيًّا وَذَلِكَ أَنَّ    اللَّهَ يَقُولُ فِي كِتَابِهِ   { وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ    مَنْ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا }
   Dari Ali, Rasulullah SAW telah bersabda :    Sesiapa yang mempunyai bekalan dan kenderaan yang boleh menyampaikannya    ke Baitullah, tetapi tidak mahu mengerjakan haji, maka bolehlah dia    memilih untuk mati secara Yahudi atau Nasrani ini kerana  Allah    telah berfirman dalam kitabnya ....    Riwayat Turmizi
 

 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan