TAKAFULINK



 
TAKAFULINK adalah produk utama MAA TAKAFUL, yang mana produk ini berasaskan pelaburan yang menawarkan manfaat asas kematian dan hilang upaya kekal dan disamping manfaat-manfaat tambahan yang lain.Melalui produk Takafulink juga MAA TAKAFUL telah memenangi anugerah produk takaful paling cemerlang 2 tahun berturut-turut iaiitu pada tahun 2009 dan 2010.Kemenangan yang diberikan adalah berdasar keunikan produk dan juga nilai pulangan keuntungan dari dana-dana syariah yang ditawarkan.
AKAUN PESERTA

Setiap peserta yang memiliki pelan Takafulink akan mempunyai 2 jenis akaun.

  • Akaun Pelaburan Peserta(PIA) - akaun ini dikenali sebagai akaun simpanan peserta dimana sumbangan bulanan/suku tahunan/setengah tahunan/tahuan yang dibayar oleh peserta akan dimasukan kedalam akaun ini selepas ditolak yuran wakalah.Yuran wakalah dikenakan oleh pengendali takaful sebagai bayaran fee atau upah kepada ajen peserta d alam menguruskan perniagaan takaful.PIA adalah akaun pelaburan individu yang bertujuan untuk menjana keuntungan.
  • Akaun Pelaburan Risiko Peserta(PRIA) - PRIA adalah dana risiko terkumpul dimana para peserta membuat caruman berdasarkan 'tabarru'(sumbangan).Segala manfaat asas(kematian/hilang upaya kekal) dan laim-lain manfaat tambahan yang dimiliki adalah dibayar dari dana akaun PRIA.Caj risiko bulanan atau tabarru ini dikenakan melaui PIA kepada PRIA.
PERUNTUKAN CARUMAN TAKAFULINK

Walaupun pada tahun ke-7 dan seterusnya peruntukan caruman adalah 100% untuk PIA namun ianya masih lagi perlu ditolak untuk bayaran bagi setiap manfaat yang diambil.

Simpanan dari PIA boleh dikeluarkan pada bila-bila masa dengan syarat pengeluaran minimum RM500 dan baki diPIA ridak kurang dari RM1000

DANA-DANA TAKAFULINK

Anda mempunyai pilihan untuk memilih mana-mana dana yang diluluskan syariah yang sesuai dengan tolenrasi pelaburan dan risiko anda.

Dana MAA Takaful Syariah Growth 
  • Menyediakan campuran seimbang antara pulangan pendapatan modal serta pengumpulan jangkamasa panjang bagi tempoh sederhana hingga panjang.
  • Bagi peserta yang mempunyai toleransi risiko yang sederhana hingga tinggi.
Dana MAA Takaful Shariah Blance
  • Menyediakan pendapatan stabil menerusi perlaburan dalam portfolio bon dan tunai setara diluluskan Syariah yang pelbagai.
  • Bagi peserta yang mempunyai toleransi risiko rendah hingga sederhana.
Dana MAA Takaful Shariah Flexi(Baru Dilancarkan)
  • Dana fleksibel yang diuruskan oleh pengurus dana professional. Pengurus dana akan membuat pelaburan di dalam dana-dana yang berpotensi mendatangkan keuntungan.
  • Dana ini diuruskan oleh CIMB-Principal Islamic Asset Management, Pengurus Dana Kewangan Islam Terbaik 2009.
Dana MAA Takaful Shariah Income
  • Menyediakan pendapatan stabil menerusi perlaburan dalam portfolio bon dan tunai setara diluluskan Syariah yang pelbagai.
  • Bagi peserta yang mempunyai toleransi risiko rendah hingga sederhana.
Ke semua dana-dana di atas diuruskan oleh CIMB-Principal Islamic Asset Management.

RIDER/MANFAAT TAMBAHAN YANG BOLEH DISERTAKAN

  • Critical Illness Super
  • Critical Illness Plus
  • Juvenil Critical Illness
  • Improved Accident Indemnity
  • Waiver of Contribution on Dread Diseas
  • Hospital &Surgical Benefit
  • Hospital Benefit
  • Smartmedic Riders
Nota : anda juga boleh menggunakan maa takaful saver rider dalam usaha untuk menambahkan lagi simpanan anda.untuk mengetahu lebih lanjut bagaimana maa takaful saver rider membantu meningkatkan lagi simpanan anda hubungi saya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan