Sediakan Tabung Kecemasan Sebelum Keluarga Anda Terpaksa Meminta-minta


Sediakan tabung kecemasan sebelum segala-galanya terlambat.....

Apakah yang dinamakan Tabung Kecemasan???sebelum saya ceritakan lebih lanjut apakah kegunaan Tabung Kecemasan,mari kita semua lihat apakah yang dimaksudkan dengan kecemasan itu sendiri.

Jika sesebuah keluarga itu mempunyai Pencari Nafkah utama.iaini si suami saja yang berkerja,sudah pasti peranannya amat penting, sekali,.setiap bulan si suami  iaini PENCARI NAFKAH perlu menghadirkan sejumlah wang yang disebut gaji bagi tujuan menyediakan tempat tinggal,makan minum,pakaian,barang keperluan dapur,bil-bil utiliti seperti air da elektrik,hutang piutang kereta,rumah,belum kira hutang peralatan elektrik,perabot(jika ada),keperluan(nafkah) isteri, pendidikan anak-anak, bantuan untuk ibu-bapa.dan juga pelbagai perkara lain yang digunakan dari WANG GAJI tersebut.jadi kita nampak disini betapa pentingnya PERANAN si PENCARI NAFKAH tersebut.

ANDAI kata suatu hari nanti,si PENCARI NAFKAH ini ditakdirkan hilang upaya kekal akibat sakit atau meninggal dunia diakibatkan sakit atau kemalangan,adakah beliau masih mampu lagi menerima GAJI seperti bulan-bulan sebelumnya dan bagaimanapula dengan  bulan-bulan seterusnya?mampukah beliau melaksanakan tugas-tugas sebagai PENCARI NAFKAH bagi membayar segala keperluan yang telah disebutkan tadi?SUDAH PASTI sama sekali TIDAK.!!!pada tika ini,keluarga akan ditimpa BENCANA KEWANGAN, inilah yang disebut sebagai waktu KECEMASAN bagi sebuah keluarga...

SUDAHKAH anda menyediakan TABUNG KECEMASAN untuk keluarga anda?jumlah bagi tabung kecemasan ini bukan RM1000 atau RM2000,tapi ianya untuk kegunaan berterusan.mungkin RM500 ribu.YA,mingkin setengah juta.bolehkah dalam masa terdekat ini anda menyediakan RM500 ribu untuk TABUNG KECEMASAN?anda perlu menyimpan RM5000 sebulan selama 7 tahun bagi menyediakan RM500 ribu..persolannya mampukah ANDA?sedangkan gaji anda tidak lebih dari RM3000sebulan.

sebenarnya anda mampu menyediakan TABUNG KECEMASAN dengan cara yang mudah dan juga selamat,asalkan anda komited menyimpan 10% dari gaji anda setiap bulan.BENAR,dengan komitmen anda tadi anda telah pun menyediakan TABUNG KECEMASAN untuk keluarga anda,walaupun anda hilang upaya kekal atau meninggal atas apa jua sebab,sekalipun ada baru saja menyimpan tidak sampai setahun.

bagaimbaakah caranya?..sabar saya akan ceritakn sebentar lagi..



'saya telah sediakan simpanan yang secukupnya untuk keluarga saya jika ditakdirkan berlaku musibah kepada saya...'

tahukah anda jika berlaku kematian segala simpanan,saham,asb,epf,tabung haji,saham syarikat,perniagaan dan hartanah akan dibekukan dibawah akta Probate And Administration 1959.sila baca artikel dibawah ini.

"Apabila berlaku kematian, pelbagai aktiviti terhenti secara tiba-tiba, antaranya pembekuan akaun-akaun di bank, unit amanah saham, saham-saham syarikat, Tabung Haji, urusan hartanah tergendala, penjualan kereta tidak boleh dilakukan, termasuk timbulnya persoalan bila pengeluaran KWSP boleh dilakukan. Hanya apabila Surat Kuasa (Letter of Administration) diperolehi daripada badan-badan tertentu, barulah proses pembahagian asset dapat dilakukan. Untuk mendapat Surat Kuasa tadi, ia adalah satu proses yang rumit dan memakan masa yang agak lama (antara 1 – 2 tahun). Ini tidak termasuk masa untuk pembahagian yang bergantung kepada bentuk harta (antara 1 - 15 tahun lagi). Sekiranya tiada wasiat, proses permohonan dan pembahagian membawa kepada pelbagai akibat dan boleh menggendalakan pelbagai urusan waris yang hidup.
Di Malaysia, tempat permohonan untuk mendapat Surat Kuasa bergantung kepada bentuk dan jumlah aset simati iaitu:

Amanah Raya Berhad: Untuk jumlah aset yang kurang dari RM600,000 DAN bentuk aset simati sama sekali tiada mengandungi hartanah (Akta Perbadanan Amanah Raya Berhad 1995); atau

Pejabat Tanah Bahagian Pusaka Kecil: Untuk jumlah aset yang kurang dari RM600,000 dan aset simati mengandungi hartanah (Akta Pembahagian Harta Pusaka Kecil 1955); atau

Mahkamah Tinggi: Untuk semua bentuk aset di mana nilainya melebihi RM600,000 (Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980).

Mahkamah Syariah: Untuk orang Islam sahaja iaitu di mana Sijil Faraid dikeluarkan dahulu dan dikepilkan bersama semua permohonan di atas.

Di dalam proses meluluskan permohonan untuk mendapatkan Surat Kuasa kepada pentadbir aset simati, Mahkamah Tinggi akan meminta dikemukakan dua orang penjamin yang setiap seorang mempunyai nilai aset bersamaan dengan nilai aset simati. Setelah memperolehi Surat Kuasa, tugas pentadbir yang seterusnya ialah untuk mentadbir (jual aset sekiranya perlu) dan membahagikan aset-aset simati. Jumlah masa menguruskannya bergantung kepada bentuk harta dan kerjasama waris-waris.

Untuk orang bukan Islam, pembahagian adalah mengikut Akta Pembahagian 1959 di mana telah ditentukan menurut undang-undang sivil. Bagi orang Islam, pembahagian adalah mengikut hukum syarak iaitu menurut hukum Faraid, tetapi sekiranya semua waris yang layak bersepakat atau bermuafakat maka pembahagian boleh mengikut persetujuan bersama."

bayangkan kesusahan yang akan dialami oleh keluarga anda...!!!mungkin pada pandangan anda saudara-mara dan adik beradik anda mampu menolong ahli keluarga anda,persoalanya sampai bila mereka mampu menolong ahli keluarga anda?

ISTERI  anda keluar berkerja?sanggupkah anda melihat ISTERI anda keluar membanting tulang 4 kerat bagi menghadirkan GAJI untuk menyara kehidupan keluarga dikala ANDA terlantar dirumah akibat hilang upaya kekal?bagaimana pula dengan penjagaan anak-anak dirumah?bagaimana dengan penyediaan makan minum anda dan anak-anak dirumah jika ISTERI anda keluar berkerja?

DAN satu lagi PERSOALAN,adakah ISTERI anda mampu :

1.memperolahi gaji yang sama atau lebih  seperti yang pernah anda perolehi?
2.adakah gaji yang ISTERI anda terima mampu menyelesaikan segala hutang-piutang yang anda tinggalkan?
3.bagaimana dengan perancangan pendidikan anak-anak anda dengan gaji yang ISTERI anda terima?adakah ianya mencukupi.

dan banyak lagi persoalan yang belum terjawab.bukankan lebih baik jika anda mempunyai TABUNG KECEMASAN sebagai plan kecemasan pendidikan anak-anak ANDA.

YA BENAR, tabung kecemasan inilah yang mampu meniup semangat anda untuk meneruskan kehidupan disampiang isteri dan anak-anak tercinta.


Inginkan TABUNG KECEMASAN beratus ribu secara simpanan di bank mahupun pelaburan amanah saham?ia akan memakan masa yang lama dan menuntut komitmen pelaburan yang tinggi,adakah anda setuju?

saya ingin bagi satu jalan,BAGAIMANA INGIN MENYEDIAKAN TABUNG KECEMASAN SECARA AUTOMATIK  hanya setelah sebulan anda menyimpan.

kaedah yang digunapakai adalah juga kaedah simpanan pelaburan dan bulanan,adalah berbeza cumalah tempat dimana anda menyimpan wang anda.

jumlah yang anda perlu simpan, 10% sahaja dari gaji anda,bergantung kepada keperluan anda.

sebagai contoh jika pendapatan anda RM3000 sebulan, dengan menyimpan 10% daripadanya faedah yang anda akan perolehi:-

1. RM2000 akan diberikan untuk kos menguruskan jenazah yang dipanggil khairat kematian.

2. RM5000 akan diberikan untuk upah haji / wang sara hidup sementara mendapat tuntutan insuran.

3. RM300,000 diberi jika anda hilang upaya kekal atau meninggal dunia.wang ini disebut sebagai wang warisan gaji.wang ini apabila dilaburkan diamanah saham dengan kadar pulangan 10% setiap tahun,ia akan memberikan pulangan RM 30,000 selagi mana anda laburkan.modal masih belum terusik,kebajikan keluarga dan masa depan mereka terus terbela.

4. RM370,000 diberi jika anda hilang upaya kekal atau meninggal dunia.akibat kemalangan wang ini disebut sebagai wang warisan gaji.wang ini apabila dilaburkan diamanah saham dengan kadar pulangan 10% setiap tahun,ia akan memberikan pulangan RM 37,000 selagi mana anda laburkan.modal masih belum terusik,kebajikan keluarga dan masa depan mereka terus terbela

5. RM 100,000 telah tersedia bagi menanggung kos rawatan anda,anda tidak perlu lagi bersusah payanhmencari duit untuk menanggung kos rawatan anda dihospital swasta yang sememangnya diketahui umum caj yang dikenakan amat tinggi tetapi layanan yang diberikan amat memuaskan.

6. RM 50,000 telah tersedia jika anda didiagnos penyakit kritikal pada tahap ke-3 atau ke-4.wang ini anda boleh gunakan untuk mendapatkan rawatan secara tradisional.sijil ini juga akan merjadi percuma serta-merta jika anda didagnos pada tahap yg tersebut diatas,dimana anda tidak perlu lagi menyimpan akan tetapi sijil anda masih lagi aktif.

7. simpanan hari tua.pelaburan ini adalah pelaburan berlandaskan syariah dengan kadar pulangan purata 9%.perkongsian 50:50 untuk surplus antara peserta dan syarikat

dengan tindakan bijak anda yang menyimpan 10% daripada gaji yang anda perolehi setiap bulan ditempat yang tepat,ia memberikan manfaat kewangan yang maksimum,dan anda juga telah menjaga kebajikan keluarga anda dari bencana kewangan,sekira berlakunya musibah kepada diri anda.

hubungi saya segera untuk mendapatkan keterangan lanjut.
HAIDHIR 012-6085737

1 ulasan:

  1. Sediakan payung sebelum hujan. Dalam usaha unutk membina tabung kecemasan sebegini, kita akan menemui banyak dugaan dan terpaksa melakukan banyak pengorbanan. Mungkin ada kesenangan atau kemewahan yang kita perlu tangguhkan semata-mata untuk memenuhi hasrat menyimpan di dalma tabung ini. Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian...

    BalasPadam